Wednesday, June 25, 2014

BIDANG UTAMA PROSPEK DAN KERJAYA




Audit:   Audit merupakan teras kerja perakaunan. Kerjaya pengauditan melibatkan tugas memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi dan sebagainya.

Analisis Bajet:   Seorang penganalisa bajet bertugas untuk membangun dan menguruskan pelan kewangan sesebuah organisasi. Memerlukan kemahiran kuantitatif yang baik untuk tugas ini bersama-sama dengan kemahiran kerana ia melibatkan tugas rundingan.

Kewangan:   Akauntan kewangan akan merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata kewangan. Mereka juga mengambil bahagian dalam keputusan penting yang melibatkan status kewangan sesebuah perniagaan, juga melibatkan penggabungan dan pengambilalihan, manfaat perkerja, perancangan dan unjuran kewangan jangka panjang.

Pengurusan Perakaunan:   Menyumbang kepada keputusan mengenai belanjawan modal dan analisis perniagaan. Tugas utama termasuk analisis kos, analisis kontrak dan usaha untuk mengawal perbelanjaan. Juga sebagai penyumbang utama kepada keputusan perniagaan, bekerja bersama-sama pengurus pemasaran dan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.

Cukai:   Akauntan Cukai menyediakan penyata cukai pendapatan untuk sektor korporat dan peribadi. Mereka juga menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai. Memerlukan pemahaman yang menyeluruh mengenai ekonomi dan kod cukai.

PERMOHONAN & PERTANYAAN

 
Untuk pertanyaan dan permohonan anda boleh menghubungi ke :




KOLEJ VOKASIONAL MIRI 
Lorong 10, Jalan Jee Foh,  
Krokop,
98000,Miri,Sarawak
Tel:085-431121

Faks: 085-413121

Email:smvmiri.bptv@gmail.com

Laman web:https://smvmiri.bptv.edu.my/

Facebook: http://www.facebook.com/KolejVokasionalMiri








PERMOHONAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR LEPASAN TINGKATAN 3 . 







APA TUNGGU LAGI ? HUBUNGI SEGERA UNTUK PERTANYAAN , JANGAN RISAU JANGAN BIMBANG PERTANYAAN ANDA PASTI AKAN KAMI JAWAB.

Tuesday, June 24, 2014

TUGAS AKAUNTAN



  •  Mengira dan menyediakan jadual cukai, memberi nasihat mengenai masalah pencukaian institusi bertugas/ individu
  • Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun  dan badan-badan lain, Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan, Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan kawalan akaun dan perakaunan lain.



PENCAPAIAN

Þ Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (2012)

Þ Anugerah Asrama 5 Bintang (2011)

Þ Peningkatan Pencapaian SPM (2009-2011)
Þ Anugerah Sekolah Harapan Negara
           Peringkat Kebangsaan  (2007)

Þ Anugerah Sekolah Harapan Negara
           Peringkat Negeri (2006)

Þ Johan pertandingan Lanskap
            Tercantik Peringkat Negeri
            (2002- 2004)
Þ Johan Pertandingan Menderma Darah Challenge Trophy (1996-2005)

Þ Anugerah Tangan Emas Johan Kemahiran Kebangsaan (1993)



MODUL VOKASIONAL

· Budget
· Cash book
· Cash management
· Computerized Accounting System
· Costing
· Financial Statement
· Incomplete Record

· Intro to Entrepreneurship and Financial Plan
· Ledger
· Loan and Investment
· Marketing and Business Plan
· Non Current Asset
· Payroll
· Petty Cash
· Purchases
· Sales
· Trial Balance



PROSPEK KERJAYA



· Eksekutif Pemasaran/Jualan
· Pegawai Khidmat Pelanggan
· Pembantu Akauntan
· Account Clerk/General Clerk
· Penyelia Akaun
· Juruaudit

ACCOUNTANCY

KOLEJ VOKASIONAL MIRI


PENGENALAN KURSUS

 

Kursus ini menawarkan pelajar dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyedian buku kira-kira , akaun runcitan ,untung dan rugi ,imbangan duga serta membuat analisa tentang prestasi syarikat.