Audit: Audit
merupakan teras kerja perakaunan. Kerjaya pengauditan melibatkan tugas
memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi dan
sebagainya.
Analisis Bajet: Seorang
penganalisa bajet bertugas untuk membangun dan menguruskan pelan kewangan
sesebuah organisasi. Memerlukan kemahiran kuantitatif yang baik untuk tugas ini
bersama-sama dengan kemahiran kerana ia melibatkan tugas rundingan.
Kewangan: Akauntan
kewangan akan merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata
kewangan. Mereka juga mengambil bahagian dalam keputusan penting yang
melibatkan status kewangan sesebuah perniagaan, juga melibatkan penggabungan
dan pengambilalihan, manfaat perkerja, perancangan dan unjuran kewangan jangka
panjang.
Pengurusan
Perakaunan: Menyumbang kepada keputusan
mengenai belanjawan modal dan analisis perniagaan. Tugas utama termasuk
analisis kos, analisis kontrak dan usaha untuk mengawal perbelanjaan. Juga
sebagai penyumbang utama kepada keputusan perniagaan, bekerja bersama-sama
pengurus pemasaran dan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.
Cukai: Akauntan
Cukai menyediakan penyata cukai pendapatan untuk sektor korporat dan peribadi.
Mereka juga menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai. Memerlukan pemahaman
yang menyeluruh mengenai ekonomi dan kod cukai.

.jpg)


